Pekerja Asing Dipotong Gaji Kerana Mahu Solat Jumaat !


Datang Malaysia untuk menambahkan pendapatan supaya dapat memberi sesuap nasi untuk keluarga yang berada jauh di Bangladesh. Tiada beza dengan rakyat malaysia yang ke australia untuk mencari pendapatan lebih untuk keluarga dan untuk membina keluarga. Isu sembahyang jumaat dikatakan ditular dalam facebook dan mendapat perhatian daripada JTK. Pihak JTK menyatakan tiada undang-undang khas yang boleh dikenakan kepada majikan tersebut tetapi pihak mereka akan cuba berunding untuk win-win situation.

Jika di kelantan dan terengganu menetapkan waktu rehat wajib dipatuhi oleh setiap peniaga dan penjual supaya memberi kelonggaran kepada pekerja islam mengerjakan solat. Mungkin kerajaan negeri sembilan boleh mengikut kelantan dan terengganu untuk setiap premis di negeri sembilan.

Sinar Harian | Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan akan menyiasat kenyataan tular di media sosial mengenai pekerja Bangladesh sebuah kilang di Labu di sini, yang dikatakan terpaksa mengambil 'cuti' dua jam bagi menunaikan solat Jumaat.

Pengarahnya, S Tharu Marajan berkata, walaupun tiada peruntukan undang-undang yang majikan perlu membenarkan pekerjanya bersolat, tetapi itu bukan bermakna majikan tidak mengendahkannya.

"Saya mengetahui perkara itu di Facebook dan telah mengarahkan pegawai untuk menyiasat kebenarannya kerana tidak dinyatakan dengan jelas alamatnya. Jika benar kita akan cuba menyelesaikannya dengan cara menang-menang. Maksudnya majikan tidak akan rugi dan pekerja juga dapat tunai tanggungjawabnya," katanya.

Menurutnya, majikan sepatutnya bersikap lebih prihatin dan jika disebabkan pekerja solat Jumaat boleh mengganggu kerja atau merugikan syarikat, majikan mungkin boleh memanjangkan waktu kerja sebagai ganti.

Bagaimanapun katanya, masalah seumpama itu boleh diselesaikan jika ada pertimbangan.

Baru-baru ini, tular di Facebook mengenai tiga pekerja Bangladesh yang berjalan kaki sejauh 2km dari tempat tinggal mereka di kawasan Labu untuk solat Jumaat.

Bagi menunaikan tanggungjawab itu, duit gaji mereka berjumlah RM800 sebulan terpaksa ditolak RM10 kerana mengambil 'cuti' dua jam iaitu RM5 untuk setiap satu jam.

Post a Comment

2 Comments

  1. kenapa tak tanya dia, sejak bila lagi kena potong gaji.

    ReplyDelete
  2. bertabahlah bang lala

    ReplyDelete