Sorry PAS, Tokpa Pilih BERSATU Bersama PH

Nampaknya PAS berputih mata lagi dikelilingi warna hijau. Tokpa lebih memilih PH untuk menambah Ahli Parlimeb kerajaan daripada menambah ahli parlimen pembangkang. Mungkinkah kita bakal melihat ramai lagi acara melompat menyambut bunga raya bakal berlaku.

AstroAwani | Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), selepas keluar dari UMNO pada 18 September lalu.

Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, malam ini.

Mustapa mengumumkan keluar daripada UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.

Kata beliau, keputusan itu dibuat setelah melakukan pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

Keputusan itu sekali gus melucutkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan menjadi Ahli Parlimen bebas.

Post a Comment

2 Comments

  1. Bekas ahli parlimen bersatu yg kalah haritu xsedih ker?

    ReplyDelete