Syamsul Saman Individu Tayang Munafik 2 Secara Streaming Di Facebook

HMetro | PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof, 34, mengambil tindakan mahkamah terhadap individu memuat naik dan menyebarkan filem Munafik 2 di media sosial.

Menurut Syamsul, tindakan menyaman individu terbabit adalah sebagai pengajaran kepada mereka dan juga pencetus kepada pembikin filem supaya tidak memandang ringan isu seumpama itu.

“Dengan tindakan menyaman ini, saya nak semua pihak tahu bahawa kami sememangnya memandang serius isu ini,” katanya kepada Harian Metro.

Syamsul ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tindakannya itu tidak hanya mewakili dirinya, filem arahannya dan syarikat produksi Skop Productions Sdn Bhd (Skop) semata-mata, tetapi juga pembikin filem lain.

“Saya mengambil tindakan bukan atas nama saya, filem Munafik 2 dan syarikat produksi Skop semata-mata tetapi mewakili semua pembikin filem tempatan.

“Saya berharap tindakan ini akan membawa individu terbabit ke muka pengadilan dan seterusnya dikenakan hukuman setimpal.

“Kalau tidak, mereka tidak bertanggungjawab ini akan terus bermaharajalela sekaligus akan melakukan kerja-kerja ‘haram’ itu secara berterusan,” katanya.

Dia tahu ada pihak memperlekehkan tindakannya sekaligus mencabar undang-undang.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan individu itu dan bagi saya, kalau dibiarkan, ia akan menjadi barah di dalam industri perfileman tanah air.

“Saya tahu, ada pihak menganggap apa berlaku adalah hal remeh dan memandang kenyataan saya membawa hal itu ke muka pengadilan, sebagai perkara main-main.

“Sekarang, pihak kami akan melakukan apa saja yang boleh untuk memastikan individu itu didakwa,” katanya.

Pengarah Urusan Skop, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada Syamsul berkata, apa yang berlaku membantutkan perkembangan industri filem Malaysia.

“Banyak filem kita sekarang, perkembangannya sangat positif dan ada yang dah sampai ke Hollywood. Tapi, orang tidak bertanggungjawab seperti individu inilah yang merosakkan industri perfileman kita,” katanya.

Pihak Skop diwakili peguam, Aizun Rohan dan Saiful Roger hari ini menghantar surat saman kepada individu terbabit jam 10.20 pagi tadi, hari ini selepas memfailkan tindakan mahkamah terhadapnya pada 8 Oktober lalu.

Sebelum itu, satu laporan polis berkaitan itu sudah dibuat di Balai Polis Setapak pada 20 September 2018.

Untuk rekod, individu berkenaan memuat naik dan menyiarkan filem Munafik 2 di Facebook miliknya menggunakan nama Sasuke Kun dan di Instagram menggunakan nama profil @muhammad_izwan_shah.

Post a Comment

3 Comments

  1. Aku tak mahu sembang banyak, kalau ada sesiapa bayar untuk tiket dan wang poket untuk aku menonton filem melayu alaf ini, boleh jalan daa...tak teringin langsung!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembang tarak goyang. Amoi ajak masuk wayang mau tolak kaaa

      Delete
  2. Orang yang imannya lemah atau tidak beriman saja akan bertindak seperti yang kamu fikirkan itu. Apa pula yang otak kamu mampu fikirkan lagi?

    ReplyDelete