Diceraikan Kerana Lahirkan Anak OKU - Tergamaknya Suami !

Suami menceraikan isteri selepas dikurniakan anak istimewa semakin kerap berlaku kerana kurang kesedaran mengenai cara menghadapi masalah itu.

Pengasas Persatuan Sokongan Ibu Anak Kurang Upaya Terlantar Azwar Terengganu (PSIAKUT AZWAR TRG) Shaarah Othman berkata, ia berikutan ada bapa yang menganggap anak berkenaan sebagai bebanan.

Menurutnya, persatuan itu sendiri mempunyai empat daripada 30 ahli yang menjadi ibu tunggal selepas diceraikan sebaik sahaja melahirkan anak istimewa kategori Cerebral Palsy (CP).

Saya tidak tahu di mana silapnya sehingga seorang bapa sanggup menceraikan isteri dan membuang anak kandung mereka sendiri semata-mata kerana anak yang dilahirkan itu mengalami masalah CP.

Beliau ditemui pada Program Fisioterapi Anak Kurang Upaya Kritikal Terlantar dan Masih Ada yang Sayang di Masjid Sultan Ismail, Chendering di Kuala Terengganu, hari ini.

Shaarah berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menggambarkan betapa mereka cuba melarikan diri daripada masalah serta tidak menerima ketentuan-Nya.

“Ia sekali gus meninggalkan penjagaan anak istimewa itu kepada isteri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, program fisioterapi melalui PSIAKUT AZWAR TRG bertujuan membantu ibu bapa yang memiliki anak istimewa menjalankan fisioterapi tambahan.

Selain itu, ia memberi kaunseling kepada pasangan yang bermasalah untuk menguruskan anak istimewa mereka.

Biarpun kami baru bermula pada awal September lalu namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sehingga kini, seramai 31 anak istimewa sudah berdaftar di bawah PSIAKUT AZWAR TRG.
Peserta program ini dapat berkongsi pengalaman dan menyelami masalah di antara satu sama lain dan memberi ruang untuk ibu atau bapa meluahkan pengalaman menguruskan anak istimewa.

Harian Metro

Post a Comment

1 Comments