Jabatan Penjara ‘Lawat Rumah’ Najib: 15 Minit Je, Sempat Tak Tinjau Penuh Rumah Agam Najib Ni?

Wah, hari ni Jalan Langgak Duta meriah macam ada open house. Dua kenderaan berlogo Jabatan Penjara masuk kawasan kediaman bekas Perdana Menteri paling “terkenal”, jam 9.40 pagi. Bukan nak hantar kuih raya, bukan nak hantar surat cinta, tapi kononnya bawa beberapa pegawai masuk “memeriksa kawasan sekitar” selama 15 minit.

15 minit je? Cepat sangat. Biasanya kalau orang biasa kena lawat, pegawai boleh duduk berjam-jam, minum teh, tanya pasal anak-anak, pasal cuaca. Tapi ni, 15 minit terus balik. Mungkin sebab rumah besar sangat, takut sesat dalam laluan yang berbatu-bata tu. Atau mungkin mereka dah hafal layout rumah tu macam hafal nombor kad pengenalan.

Apa pun, terima kasih Jabatan Penjara. Kerana hari ni kita semua dapat lihat yang keadilan di negara ni… agak fleksibel. Ada yang kena duduk dalam, ada yang boleh duduk di rumah besar dengan pemeriksaan 15 minit. Semua orang sama di sisi undang-undang… cuma sesetengah orang lebih sama berbanding yang lain.



Post a Comment

1 Comments

  1. Kalau jabatan penjara ambil alih rumah tu dan ianya digezetkan menjadi penjara aku setuju.. dan sesiapa yg tinggal disitu hanyalah samada pekerja jabatan penjara dan orang yg dihukum, yang lain boleh keluar dan yg lain cuma boleh pergi sbgai pelawat dan mesti mengikut prosedur penjara.
    Itu aku bermaksud tahana lain juga boleh ditempatkn disitu oleh jabatan penjara yg mana termasuklah pesalah curi ayam, merempit dan sebagainya ..

    ReplyDelete

Teruskan membaca
Memuatkan lagi artikel...