Jamal (Buruan Polis) Dipilih Umno Bahagian Sungai Besar... Aku Tak Faham...


Jamal yang menjadi buruan polis, sent video pada mesyuarat perwakilan umno.. Then dipilih oleh menjadi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar. Dengan segala tindakan bodoh yang dibuat then diburu polis siap sekali dengan waran tangkap. Tatap menjadi pujaan orang umno bahagian sungai besar. Kalau macam perangai umno, korang ingat rakyat buta tuli akan memilih umno pada PRU15. Jangan harap.

Golongan muda kebanyakkan mengharapkan KJ menjadi presiden kerana mereka percaya hanya KJ yang mampu membawa perubahan walaupun KJ ada ketua pemuda semasa era najib razak. Nampaknya umno akan terus tersingkir dihati rakyat dan hanya memenangi hati perwakilan umno sahaja.

Serius aku tak faham pemikiran perwakilan umno sungai besar. Dah macam takde calon sangat ko nak pilih. Jamal jugak ko sayang... Jelas, umno akan semakin tercorot..

Sumber BHonline :
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menjadi buruan polis, berjaya mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu hari ini.
Beliau menewaskan pencabarnya yang juga bekas Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Masloro Abdullah.
Jamal memperoleh undi 347 undi berbanding Masloro yang menerima 240 undi.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Ramli Norani, pula mempertahankan jawatan itu selepas menewaskan pencabarnya, Ketua UMNO Cawangan Tali 13 Sungai Nipah, Abdul Wahab Sarman.

Budiman Mohd Zohdi menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

Post a Comment

3 Comments

  1. itu berita bagus... mereka pilih supaya rakyat berterusan tolak umno.

    ReplyDelete
  2. Umno dan pas dna yg sama. Sama2 bengong

    ReplyDelete